Wednesday, November 18, 2009

Majlis Perpisahan Tahun 6

 
Posted by Picasa

Majlis perpisahan tahun 6 telah diadakan pada 17 November 2009 bertempat di kelas tahun 6 sendiri. Majlis yang sederhana tetapi cukup bermakna untuk semua pelajar tahun 6 kerana saat - saat akhir bersama guru - guru dan rakan - rakan. Pada tahun hadapan mereka akan bersekolah di sekolah menengah dan berjumpa pula dengan rakan - rakan yang baru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti oleh ucapan wakil pelajar tahun 6 adik Mohd Salleh Norsalim. Guru Kelas En. Mareeno Robert turut memberikan ucapan sepatah dua kata dan amanat untuk pelajar - pelajarnya. Akhir sekali Guru Besar En. William Sorimpok pula memberi nasihat dan amanat untuk pelajar - pelajar. Didalam ucapan beliau, beliau meminta maaf kepada semua pelajar jika beliau pernah menguris perasaan tetapi ia dilakukan untuk mendidik pelajar agar lebih cemerlang dalam semua aspek.Beliau turut mengingatkan pelajar agar menjaga nama baik sekolah bila berada di tempat baru dan jangan berputus asa untuk terus menuntut ilmu. Akhir kata, semoga pelajar - pelajar tahun 6 2009 akan lebih berjaya pada masa-masa akan datang!!!!

No comments:

Post a Comment