Saturday, November 14, 2009

KEM BESTARI SOLAT SIRI 3 & 4




Kem Bestari Solat bagi siri 3 & 4 dijalankan selama 4 hari bermula 9 November hingga 12 November bermula dr tahun 4 pada hari pertama perlaksanaannya diikuti oleh tahun 3,2 dan 1. Kem ini terpaksa dilaksanakan diluar jangka takwim sekolah berikutan dengan cuaca yang tidak mengizinkan. Pihak pengurusan program juga terpaksa menggabungkan siri 3 & 4 serentak disebabkan oleh masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Tentatif program dimulakan dengan pendaftaran peserta, taklimat program dan seterusnya LDK. Kem Bestari Solat ini di jalankan di Masjid Kg Pulau Sepanggar kerana kemudahan mengambil wudhu dan kawasan masjid yang agak luas berbanding kelas yang ada. Panatia Pendidikan Islam dan j-Qaf mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberikan kerjasama menjayakan program kem Bestari Solat ini.

No comments:

Post a Comment