Wednesday, November 18, 2009

Lawatan & Kuiz JKJR



Pada 17 November 2009 sekolah ini cukup bertuah kerana sekolah di datangi oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Sabah dan apa yang membanggakan Pengarah JKJR Sabah sendiri turut turun padang untuk hadir bersama - sama dan mengendalikan kuiz JKJR ini. Murid-murid yang terlibat kelihatan amat gembira dan seronok mengikuti lawatan ini, khususnya dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti kuiz. Guru Besar sendiri juga turut bersama - sama menyertai setiap aktiviti yang diadakan sehinggalah selesai semata - mata untuk menyokong dan mengalu - alukan kehadiran JKJR ke sekolah ini. Pihak sekolah amatlah berterima kasih atas kunjungan pihak JKJR ini dan berharap usaha murni JKJR dalam mendidik pelajar mengenai keselamatan jalan raya mencapai matlamatnya. Terima Kasih JKJR!!!

No comments:

Post a Comment