Tuesday, February 28, 2012

Standard Guru Malaysia



Tujuan:
·         mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran,
·         mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.
 
Mengapa Perlu Mengisi Maklum Balas Tersebut?

Guru akan dapat:
1.       Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
2.       Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.

Pendidik Guru di Institusi Latihan Perguruan akan dapat:
1.       Membuat refleksi kendiri terhadap tahap pencapaian standard.
2.       Mengenal pasti keperluan pembangunan profesionalisme diri.
3.       Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih (guru praperkhidmatan) atau peserta kursus (guru dalam perkhidmatan).
4.       Mengenal pasti strategi bagi membantu guru pelatih atau peserta kursus meningkatkan tahap pencapaian standard.

 Pengurus dan Pentadbir Institusi Latihan Perguruan akan dapat:
1.       Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus.
2.       Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh institusi.
3.       Mengenal pasti strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard dan keperluan.

Guru Besar dan Pengetua Sekolah akan dapat:
1.       Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru.
2.       Menyediakan dan melaksanakan strategi bagi meningkatkan tahap pencapaian standard oleh guru.

Agensi Latihan Perguruan akan dapat:
1.       Mengenal pasti tahap pencapaian standard oleh guru pelatih dan peserta kursus di institusi latihan perguruan.
2.       Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan oleh agensi dan institusi latihan perguruan.
3.       Mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan pendidikan guru yang boleh ditambahbaik.

KLIK DI SINI untuk mendaftar dan mengisi maklum balas tersebut.

No comments:

Post a Comment